Logo Taska

Logo Taska
Taska Sri Enggang

Pengenalan

Taska Sri Enggang adalah taman asuhan kanak-kanak bagi bayi berumur 2 bulan hingga kanak-kanak berumur 4 tahun.

Ia telah ditubuhkan sejak Mac 2006 dan diuruskan oleh Little Leaders Nursery Centre Sdn. Bhd. Perkhidmatan kami merangkumi:

* Penjagaan bayi
* Penjagaan dan pembelajaran kanak-kanak
* Transit sekolah kebangsaan dan sekolah agama

Taska Sri Enggang menekankan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti berikut:

* Perkembangan Sosio-Emosi
* Perkembangan Fizikal
* Perkembangan Bahasa
* Perkembangan Kognitif

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
* Syazana (012-3994598) -
syazanaroslan@yahoo.com
* Ros (019-2250521) - mazlina186@yahoo.co.uk


Sambutan Hari Pengasuh 2010

Salam...

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya dapat lagi saya berada di sini untuk berkongsi maklumat bersama para pengujung blog Taska Sri Enggang.

Syukur yang tak terhingga juga kerana semua urusan kehidupan, termasuklah urusan taska, keluarga berjalan dengan lancar... Alhamdulillah...

Buat pengetahuan semua, Sambutan Hari Pengasuh 2010 anjuran Persatuan Pengusaha Taska Berdaftar WPKL akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22, 23 Mei 2010
Tempat : Agrotek Garden Resort, Hulu Langat
Yuran : RM 170.00

Kepada sesiapa, tak semestinya yang bekerja di taska sahaja di alu-alukan untuk menyertai program ini. Jangan lepaskan peluang ini!

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)


Salam...

Persatuan Pengusaha Taska Berdaftar WPKL (PEPENTA) telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk menjalankan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) ini mengikut AKTA 1984 dan peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (di Institusi) 1985 ( Pindaan 1993).

Kepada yang berminat sila hubungi Pejabat PEPENTA di talian, 03-41496002.

KAAK akan diadakan bermula pada 14 Jun 2010 dan berakhir pada 3 Julai 2010.

Tempat terhad. Yuran kursus, RM480.

Maklumat lanjut, boleh juga hubungi Setiausaha PEPENTA, Pn. Syazana 012-3994598.

Salam 2010

Salam buat semua pembaca dan pengunjung blog Taska Sri Enggang.

Walaupun dah masuk bulan Februari, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru. Pejam, celik, pejam celik, sekejap je dah bulan 2. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, Taska Sri Enggang akan genap 2 tahun pada bulan Mei akan datang. Syukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya kami dapat bertahan sehingga sekarang dalam memperjuangkan usaha memprofesionalkan kerjaya pengasuhan kanak-kanak.

Alhamdulillah, setiap hari saya berdoa kami akan dipertemukan dengan staf yang benar-benar mempunyai minat yang mendalam sama seperti kami terhadap kanak-kanak. Seorang yang pandai melayan kanak-kanak, mengambil berat dan bertanggung-jawab. Kini taska telah mempunyai 5 orang pembimbing awal kanak-kanak, 2 pekerja am, saya dan kakak sebagai penyelia.

Doakan kami supaya segala urusan kami dan anak-anak di bawah jagaan kami dipermudahkan-Nya. InsyaAllah...

Majlis Tahlil, 25 Julai 2009

Alhamdulillah, pada 25 Julai yang lalu, majlis tahlil buat arwah adik Umar bin Abrar telah berjalan dengan baik di Taska Sri Enggang. Salam takziah buat Kak Eli dan Abang Ab di atas pemergian anak pertama mereka ke rahmahtullah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Umar dan anak kecil yang tidak berdosa ini akan terus diangkat ke syurga dan ditemani para malaikat.
Pihak taska juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir dan memberi sokongan diatas penganjuran kenduri doa selamat dan tahlil yang telah diadakan. Kami mendoakan Kak Eli dan suami sentiasa sabar dan positif dalam menghadapi dugaan yang dihadapi.
Di sini, kami juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah umrah buat Kak Eli dan suami. Semoga selamat pergi dan pulang. Kami juga mendokan agar Allah mempermudahkan urusan Kak Eli sekeluarga di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.